PBS : Peranan Sekolah, Guru, Murid dan Ibu Bapa
Pentaksiran Sekolah memberi penekanan terhadap peranan pentadbir sekolah, guru, murid dan ibu bapa.
Pentadbir Sekolah
- Mengadakan program pembangunan staf secara berterusan yang merangkumi aspek pengetahuan dan kaedah pelaksanaan PS
- Menyediakan peralatan, bahan dan jadual
- Menyediakan kemudahan untuk melaksanakan PS
- Menyediakan ruang dan kaedah penyimpanan rekod
- Menjalankan pemantauan dan penyelarasan
Guru
- Menjadi pemudah cara dalam proses pembelajaran-pengajaran-pentaksiran
- Membuat pemerhatian secara langsung dan tidak langsung untuk mendapatkan maklumat tentang tingkah laku murid dalam pembelajaran
- Menyediakan instrumen pentaksiran
- Memberi maklum balas tentang pencapaian murid
- Membantu memperbaiki pembelajaran murid berdasarkan maklumat yang diperoleh
- Mengumpul rekod dan data pencapaian murid
Murid
- Mengetahui dan memahami standard prestasi
- Mengetahui perkara yang perlu dikuasai
- Mempamerkan pengetahuan dan kemahiran yang dikuasai
- Memperbaiki prestasi untuk mencapai standard yang ditetapkan
Ibu Bapa
- Mengetahui dan memahami standard prestasi dalam sistem pentaksiran
- Memahami dan menyedari potensi, kekuatan dan kelemahan anak
- Memahami dan mengiktiraf kewujudan perbezaan individu (individual differences)
- Membantu anak mencapai tahap penguasaan mengikut keupayaan
PBS : Peranan Sekolah, Guru, Murid dan Ibu Bapa
Reviewed by SK Taman Putra Perdana 2
on
09:58
Rating:
No comments:
Post a Comment