Surat Makluman Pentaksiran Sumatif

Surat makluman mengenai pelaksanaan Pentaksiran Sumatif telah pun diedarkan kepada ibu bapa / penjaga pada minggu ini. Menurut buku Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah di Sekolah Rendah yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia, Pentaksiran Sumatif adalah :

Pentaksiran sumatif dijalankan pada akhir setiap unit pembelajaran.
Contoh instrumen yang boleh digunakan ialah ujian bulanan dan ujian penggal.

Pentaksiran Sumatif akan dilaksanakan pada akhir setiap semester namun pada tahun 2012 ini, ia hanya akan dilaksanakan pada hujung semester kedua sahaja.

Pentaksiran Sumatif bertujuan untuk mengukur dan sebagai kesahan pencapaian prestasi murid. Sepertimana Pentaksiran Formatif, Pentaksiran Sumatif juga akan direkod ke dalam SPPBS mengikut kesesuaian evidens.

Pentaksiran Sumatif ini tidak akan menghasilkan ranking. Skor murid akan dijumlahkan dan menghasilkan band, di mana 3 orang murid dengan keputusan terbaik bagi setiap kelas akan disenaraikan untuk menerima hadiah semasa Hari Anugerah pada hujung tahun nanti.

Berikut adalah surat edaran tersebut.



Surat Makluman Pentaksiran Sumatif Surat Makluman Pentaksiran Sumatif Reviewed by SK Taman Putra Perdana 2 on 11:36 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.