Apa itu PBS?
Apa itu PBS?
PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
PBS mentaksir bidang akademik dan bukan akademik . PBS dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Komponen PBS terdiri daripada Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum, dan Pentaksiran Psikometrik.

Bila PBS mula dilaksanakan?
PBS dilaksanakan mulai Tahun 1 pada 2011 dan penambahbaikan UPSR pada 2016, mulai Tingkatan 1 pada 2012 dan penambahbaikan PMR pada 2014.
Konsep PBS dalam KSSR
Sekolah perlu dilihat sebagai institusi yang tidak hanya berperanan menyedia murid untuk peperiksaan awam semata-mata tetapi lebih berperanan untuk mendidik dan membimbing murid menguasai ilmu dan kemahiran.
Pentaksiran boleh didefinisikan sebagai
“apa-apa sahaja kaedah yang diguna untuk lebih memahami pengetahuan, kemahiran dan adab/nilai/akhlak yang dimiliki oleh seseorang murid sama ada melalui atau tanpa melalui proses pengajaran dan pembelajaran”
Terhapuskah UPSR?
UPSR dikekalkan di Tahun 6 dengan penambahbaikan seperti berikut.
Apakah nilai UPSR dan PMR dalam PBS?
PBS untuk penambahbaikan UPSR dan PMR masih tetap bernilai dari segi pembentukan modal insan yang holistik tetapi tidak lagi high stake kerana pentaksiran dijalankan secara berterusan dan menyeluruh.

Reviewed by Zuraida
on
12:18
Rating:
No comments:
Post a Comment