Taklimat KSSR dan PBS kepada ibu bapa / penjaga

Tarikh : 22 Jun 2012
Masa : 2.30 - 3.00 petang

Tempat : Pusat Sumber SKTPP2

Objektif taklimat diadakan ialah untuk: 

  • meningkatkan pengetahuan dan kefahaman ibu bapa/penjaga tentang perubahan dan penambahbaikan terhadap Sistem Pentaksiran Kebangsaan.
  • menerangkan secara umum tentang bagaimana pentaksiran dilaksanakan di sekolah.
  • menunjuk contoh laporan prestasi murid seperti Pelaporan Formatif dan Pelaporan Sumatif.
Taklimat dimulakan dengan kata alu-aluan oleh SU PBS sekolah dan seterusnya bacaan doa oleh Ustaz Mohd Nawawi bin Khandar. Seterusnya adalah tayangan Video Penerangan Umum KSSR yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kemudian, Penolong Kanan 1 iaitu Pn. Siti Hanim bt Sungit memberi taklimat tentang KSSR, PBS dan SPPBS.
Selepas taklimat, ibu bapa / penjaga beredar ke kelas anak masing-masing untuk Hari Jalinan Mesra kali pertama 2012.

Kehadiran ibu bapa / penjaga adalah sangat memuaskan. Penglibatan dan komitmen ibu bapa / penjaga dalam aktiviti seperti ini sangat diharapkan oleh pihak sekolah demi untuk bersama-sama melonjakan kecemerlangan SKTPP2.

: Gambar-gambar semasa taklimat :


Penolong Kanan 1, Pn Siti Hanim memberi penerangan kepada ibu bapa / penjaga.



Sebahagian dari ibu bapa / penjaga yang hadir.
Taklimat KSSR dan PBS kepada ibu bapa / penjaga Taklimat KSSR dan PBS kepada ibu bapa / penjaga Reviewed by SK Taman Putra Perdana 2 on 09:15 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.