Pengurusan FAIL PERKEMBANGAN MURID

Menurut garis panduan pengurusan KSSR yang baharu ditetapkan pada 2012, setiap murid memerlukan sebuah fail iaitu FAIL PERKEMBANGAN MURID

Berikut adalah kandungan fail tersebut:

  1. Maklumat Murid (SMM, salinan sijil lahir dan Borang Pelaporan Prestasi Individu LINUS)
  2. Pelaporan Penyataan Formatif Tahun 1-6.
  3. Pelaporan Penyataan Sumatif Tahun 1-6.
  4. Sijil / dokumen penghargaan, pengiktirafan, pencapaian dan penglibatan murid.
  5. Evidens-evidens murid pada tahun semasa.
Fail Perkembangan Murid ini akan sentiasa disimpan di sekolah sehingga murid tersebut berpindah atau tamat sekolah. 

Evidens-evidens murid merupakan merupakan lembaran kerja murid / hasil kerja murid / rekod-rekod pencapaian murid / kertas Pentaksiran Sumatif. Evidens-evidens akan memberi skor di mana ia akan di rekod di dalam Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS), seterusnya menghasilkan Pelaporan Formatif dan Sumatif.

Evidens-evidens murid akan dipulangkan semula kepada murid selepas skor di nilai dan di rekod ke dalam SPPBS. Untuk memudahkan proses maklumbalas antara ibu bapa dan guru, Pelaporan dan evidens akan diberi semasa Hari Jalinan Mesra yang diadakan  2 kali setahun. Jika terdapat keperluan, proses maklumbalas ini boleh dilakukan pada bila-bila masa yang dipersetujui.


Pengurusan FAIL PERKEMBANGAN MURID Pengurusan FAIL PERKEMBANGAN MURID Reviewed by SK Taman Putra Perdana 2 on 08:55 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.