KSSR : Jenis-jenis Pentaksiran



Pentaksiran Sekolah (PS)

Pentaksiran yang dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru sekolah yang berkenaan.

2.1.1 Pentaksiran formatif dijalankan seiring dengan proses pengajaran
dan pembelajaran. Contoh instrumen yang boleh digunakan ialah
lembaran kerja, pemerhatian, kuiz, senarai semak, laporan tugasan,
tugasan rumah dan ujian.

2.1.2 Pentaksiran sumatif dijalankan pada akhir setiap unit pembelajaran.
Contoh instrumen yang boleh digunakan ialah ujian bulanan dan
ujian penggal.

PS berfungsi sebagai pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dan pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning).

Pentaksiran Pusat (PP)

Pentaksiran yang ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor di peringkat sekolah oleh guru berdasarkan tugasan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan dalam tempoh yang ditetapkan mengikut mata pelajaran.

Pentaksiran Aktiviti Sukan, Jasmani dan Kokurikulum (PASJK)

Pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat sekolah yang ditadbir, direkod dan dilaporkan melalui penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam aktiviti jasmani dan kesihatan, sukan dan permainan, aktiviti kokurikulum dan aktiviti ekstrakurikulum.

Pentaksiran Psikometrik (PPsi)

Pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat sekolah dan/atau pusat untuk mengukur kebolehan (innate ability dan acquired ability), kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti murid. Pentaksiran ini tidak berasaskan kurikulum dan proses pengajaran dan pembelajaran.

KSSR : Jenis-jenis Pentaksiran KSSR : Jenis-jenis Pentaksiran Reviewed by SK Taman Putra Perdana 2 on 09:43 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.