PBS : Peranan Sekolah, Guru, Murid dan Ibu Bapa

Pentaksiran Sekolah memberi penekanan terhadap peranan pentadbir sekolah, guru, murid dan ibu bapa.

Pentadbir Sekolah
 
  • Mengadakan program pembangunan staf secara berterusan yang merangkumi aspek pengetahuan dan kaedah pelaksanaan PS
  • Menyediakan peralatan, bahan dan jadual
  • Menyediakan kemudahan untuk melaksanakan PS
  • Menyediakan ruang dan kaedah penyimpanan rekod 
  • Menjalankan pemantauan dan penyelarasan

Guru
 
  • Menjadi pemudah cara dalam proses pembelajaran-pengajaran-pentaksiran
  • Membuat pemerhatian secara langsung dan tidak langsung untuk mendapatkan maklumat tentang tingkah laku murid dalam pembelajaran
  • Menyediakan instrumen pentaksiran
  • Memberi maklum balas tentang pencapaian murid
  • Membantu memperbaiki pembelajaran murid berdasarkan maklumat yang diperoleh
  • Mengumpul rekod dan data pencapaian murid

Murid
 
  • Mengetahui dan memahami standard prestasi
  • Mengetahui perkara yang perlu dikuasai
  • Mempamerkan pengetahuan dan kemahiran yang dikuasai
  • Memperbaiki prestasi untuk mencapai standard yang ditetapkan

Ibu Bapa 

  • Mengetahui dan memahami standard prestasi dalam sistem pentaksiran
  • Memahami dan menyedari potensi, kekuatan dan kelemahan anak
  • Memahami dan mengiktiraf kewujudan perbezaan individu (individual differences)
  • Membantu anak mencapai tahap penguasaan mengikut keupayaan
PBS : Peranan Sekolah, Guru, Murid dan Ibu Bapa PBS : Peranan Sekolah, Guru, Murid dan Ibu Bapa Reviewed by SK Taman Putra Perdana 2 on 09:58 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.