PENTAKSIRAN SEKOLAH

Pentaksiran Sekolah merupakan pentaksiran yang dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru mata pelajaran. Terdapat 2 jenis pentaksiran sekolah iaitu :

1. PENTAKSIRAN FORMATIF

Pentaksiran formatif dilaksanakan seiring dengan proses pembelajaran dan pengajaran. Contoh instrumen yang boleh digunakan ialah lembaran kerja, pemerhatian, kuiz, perbualan, dan ujian.

2. PENTAKSIRAN SUMATIF  

Pentaksiran sumatif dilaksanakan pada akhir setiap unit pembelajaran. contoh instrumen yang boleh digunakan ialah ujian bulanan dan ujian penggal.


PS berfungsi sebagai pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dan pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning).


PENTAKSIRAN SUMATIF DI SKTPP2  

Bermula pada tahun 2012, SKTPP2 melaksanakan Pentaksiran Sumatif kepada semua murid KSSR iaitu murid tahun 1 dan 2. Pentaksiran ini telah diadakan pada 1-5 Oktober yang lalu melibatkan 7 mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Dunia Seni dan Dunia Sains & Teknologi.

Kertas soalan Pentaksiran Sumatif ini dibina oleh guru-guru berpandukan dokumen STANDARD PRESTASI, merangkumi deskriptor dari band 1 hingga band 6 tetapi hanya melibatkan beberapa kod evidens sahaja.

Skor murid didalam kertas Pentaksiran Sumatif ini akan memberikan band dimana skor ini HANYA digunakan untuk mencari murid terbaik bagi setiap kelas untuk menerima anugerah di Hari Anugerah Cemerlang pada hujung tahun.

Skor/band tersebut tidak mewakili keseluruhan pencapaian murid sepanjang sesi persekolahan kerana kertas Pentaksiran Sumatif ini hanya melibatkan beberapa kod evidens sahaja.

Kod evidens yang terdapat di dalam kertas Pentaksiran Sumatif boleh direkod di dalam SPPBS mengikut kesesuaian.

Pelaporan Sumatif yang diterima oleh ibu bapa /penjaga semasa Hari Jalinan Mesra 2 merangkumi kedua-dua Pentaksiran Formatif dan Pentaksiran Sumatif sepanjang sesi persekolahan murid tersebut.

Pelaporan Sumatif yang dijana oleh SPPBS ini adalah kekal sehingga murid tersebut ke Tahun 6 nanti.

Ibu bapa / penjaga boleh melihat dokumen Standard Prestasi untuk lebih memahami tentang apa dan bagaimana murid ditaksir.

KLIK SINI UNTUK DOWNLOAD STANDARD PRESTASI.

PENTAKSIRAN SEKOLAH PENTAKSIRAN SEKOLAH Reviewed by Zuraida on 10:24 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.