Hari Jalinan Mesra 1 (KSSR)

Tarikh : 22 Jun 2012 (Jumaat)
Masa : 3.00 - 6.00 petang

Hari Jalinan Mesra bagi murid-murid Tahun 1 & 2 ini telah diadakan sebagai salah satu aktiviti komunikasi 2 hala antara ibu bapa / penjaga dengan guru-guru SKTPP2. Semasa Hari Jalinan Mesra ini ibu bapa / penjaga dapat melihat Pelaporan Formatif / Sumatif anak-anak serta evidens yang telah dilaksanakan sepanjang sesi persekolahan Semester 1.

Kehadiran ibu bapa / penjaga adalah sangat menggalakkan dan aktiviti perbincangan bersama guru juga berjalan dengan lancar. 

: GAMBAR SEKITAR HARI JALINAN MESRA 1 :

 Ibu bapa / penjaga menunggu giliran untuk sesi perbincangan bersama guru. Sambil menunggu ibu bapa / penjaga melihat Fail Perkembangan Murid (Pelaporan dan evidens).


Sesi perbincangan bersama guru.



Murid melakukan beberapa aktiviti sambil di bimbing oleh guru pembantu.

Hari Jalinan Mesra 1 (KSSR) Hari Jalinan Mesra 1 (KSSR) Reviewed by SK Taman Putra Perdana 2 on 09:38 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.